Thursday, July 3, 2008

Sumbanganku

1. Kumpulan Ahmad: Encik Zubir Said
2. Kumpulan Hazimah: Encik Lee Kuan Yew
3. Kumpulan Izzat: Leftenan Adnan
4. Kumpulan Aishah: Mother Theresa
5. Kumpulan Fadil: Encik Eunos Abdullah
6. Kumpulan Hazwan: S. Rajaratnam

Di buku pelajar kamu, tulis:

1. Bila kamu akan berjumpa lagi? Tempat dan masa?
2. Siapa akan membuat apa?
3. Tarikh penutup yang lebih awal

Tugasan 1E: Mencipta Persembahan Titik Kuasa

Unit 10 - Sumbanganku, Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Tugas: Cipta sebuah persembahan titik kuasa berdasarkan topik - Sumbanganku

Slaid 1 : Sumbanganku ( Topik Khusus) Contoh: Presiden Pertama Singapura
Slaid 2: Pengenalan (Mengapa kamu memilih orang tersebut?)
Slaid 3: Apa yang telah disumbangkan? Mengapa?
Slaid 4: Apakah yang boleh kamu lakukan untuk mengikuti jejak langkah orang tersebut?
Slaid 5: Tukilan istimewa (quotes) jika ada
Slaid 6: Alamat lelaman yang kamu gunakan
Slaid 7: Nama kumpulan dan ahli kumpulan

Penting: Harus ada gambar-gambar sesuai dan informasi

Contoh tokoh yang boleh kamu kaji:
1. Nabi Muhammad SAW
2. Mahatma Gandhi
3. Mother Theresa
4. Zubir Said
5. S. Rajaratnam
6. Leftenan Adnan
7. Lee Kuan Yew

Rubrik Pemarkahan:
Bahasa - 10
Isi - 10
Kreativiti - 10
Estetik - 10
Kerjasama - 10


Tarikh Penutup: Hari Rabu, 9 July 2008

Panduan Untuk Lisan

Sila lungsuri lelaman berikut:

http://hospitality.hud.ac.uk/studyskills/generalSkills/projectPresentations/oralExam.htm

http://www.cs.umd.edu/~oleary/gradstudy/node7.html

http://www.buzzin.net/revision_tips/exams/ex-11.htm

Kemudian, kamu dikehendaki memberi komen tentang:
1. 3 perkara utama yang telah kamu pelajari
2. apa yang akan kamu lakukan untuk mempertingkatkan mutu perbualan kamu
2. apa yang boleh guru lakukan untuk membantu kamu

Kelas Cikgu Asnur

Cikgu Asnur dari Sekolah Menengah Gan Eng Seng
http://cikguasnur.multiply.com/

Sila lungsuri lelaman tersebut untuk idea-idea menarik.

Tuesday, July 1, 2008

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tugasan Kumpulan: Cipta sebuah persembahan titik kuasa (ppt presentation) tentang penjagaan alam semula jadi. Gunakan idea daripada buku teks muka surat 37 dan 38 serta lawatan kamu ke Sungei Buluh.

Monday, February 11, 2008

Tugasan 2E - Perasaan Saya

Tulis satu perenggan berkenaan dengan perasaan kamu atau perkara menarik yang berlaku kepada kamu pada hari ini. Kamu diizinkan meletakkan gambar yang membayangkan perasaan yang kamu alami. Tulis sebanyak 100 perkataan.

Tugasan 2E - Surat Rasmi

Tulis sepucuk surat dengan menggunakan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

Baru-baru ini, kamu telah menemani ibu kamu ke Pusat Membeli Belah Delima untuk membeli pelbagai keperluan harian. Tulis sepucuk surat kepada Pengurus Eksekutif pusat membeli belah itu untuk menerangkan kepadanya tentang beberapa masalah yang kamu hadapi semasa berada di sana. Dalam surat kamu, nyatakan tentang mutu barangan yang dijual di situ dan juga layanan yang kurang memuaskan.

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:

Ruzaini bin Hanif atau Ruzana binte Hanif
Blok 265, Mimosa Road
#09-215
Singapura 645265

Alamatkan surat kamu kepada:

Pengurus Eksekutif
Pusat Membeli Belah Delima
5, Mimosa Central
Singapura 645005

Tugasan 1E - Surat Tidak Rasmi

Arahan:
Sila teliti soalan berikut. Tulis sepucuk surat menggunakan tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

Kamu mempunyai seorang sahabat pena yang tinggal di Perak, Malaysia. Sahabat kamu ingin mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan negara Singapura. Tulis sepucuk surat kepada teman kamu itu untuk berkongsi cerita tentang tanah air kamu.

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:

Rosli bin Abdullah atau Roslin binti Abdullah
Blk 174, Jalan Mahligai
Singapura 401174

Wednesday, January 30, 2008

Tugasan 2E - Sudut Pandangan

Khamis, 31 Januari 2008
Menganalisa senario dan memberikan pendapat

Perhatikan senario berikut:

Laili seorang remaja yang berusia 14 tahun. Dia sangat tertekan dengan cabaran yang dihadapi di sekolah. Kadangkala Laili berasa seperti ingin berhenti dari sekolah dan terus bekerja. Dia bekerja separuh masa sebagai seorang pelayan di sebuah kedai makan. Dia sangat rajin bekerja dan dia berasa puas kerana gaji yang diperolehi cukup untuk menampung perbelanjaan dan bayaran bil telefon bimbitnya. Kakak dan Abang Laili cuba memujuk Laili supaya berhenti bekerja dan memberi tumpuan kepada pelajarannya. Ibu Laili pula seorang ibu tunggal yang sangat sibuk bekerja kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Pilih dua watak berikut dan berikan pendapat kamu tentang cadangan Laili untuk berhenti bekerja. Jelaskan pendapat kamu. Berikan sekurang-kurangnya tiga pendapat untuk setiap watak.

Watak:
1. Laili
2. Ibu Laili
3. Kakak Laili
4. Abang Laili

Contoh pendapat:
Laili
1. Ingin berhenti sekolah kerana tidak tahan menanggung tekanan.
2. Lebih suka bekerja kerana mendapat duit untuk membayar bil telefon.
3. Tidak mahu bersekolah lagi kerana sudah hilang minat dalam pelajaran.

Berikan pendapat dan penjelasan kamu di ruang "komen". Terima kasih.

Sunday, January 27, 2008

Tugasan 2E- Prosedur Kloz

Binaan ajaib zaman purba

Sebahagian besar piramid ini dapat __________ di Mesir berhampiran Sungai Nil. Beberapa buah piramid juga dapat __________di Mexico, Guatemala dan Iraq. Pada umumnya, piramid yang _________di negara-negara tersebut lebih __________ berbanding dengan piramid di Mesir.

_____________ merupakan satu-satunya binaan ajaib zaman purba yang masih wujud dan utuh. Piramid ________oleh firaun sebagai makam mereka dan keluarga mereka. Pengebumian _________di piramid dikhususkan untuk keluarga diraja sahaja. Rakyat jelata pada zaman tersebut tidak ___________di dalam piramid. Sebahagian harta benda dan emas permata yang dikumpulkan selama zaman pemerintahan raja Mesir juga turut ___________di dalam piramid.

Wednesday, January 23, 2008

Sajak Bahasa

Ditulis oleh Norlila Abdul Ghani

Tajuk: Bahasa

Bahasa menunjuk ajar
boleh juga kepalang ajar
bahasa boleh menunjuk
boleh juga merajuk
ada juga dibuat pujuk

bahasa adalah indah
terbina dalam sekata
terhurai dalam fikiran
terjelma dalam ucapan
hingga membentuk tamadun bangsa

tapi sayang
tatkala bahasa disalah guna
oleh lidah bercabang dua
segala yang indah menjadi nista
binasalah badan seluruh anggota
bagai bunga kembang tak jadi

Tuesday, January 22, 2008

Mencipta Blog

Tulis pengalaman kamu ketika mencipta blog sendiri. Apakah perasaan yang kamu alami? Jelaskan mengapa? Apakah pendapat kamu tentang penggunaan blog sebagai wadah pembelajaran?

Saturday, January 5, 2008

DIKIR BLSS - Angkatan Putera Minang

Nama kumpulan: Angkatan Putera Minang

Slogan: Bernaung di bawah satu bumbung. Membela seni, sambung-menyambung

Kumpulan Dikir Barat Sekolah Menengah Boon Lay telah mengadakan persembahan pada ulung kalinya di Jurong West Blk 667D RC Zone 5 sempena kempen "Save the Earth - Tree Planting Day" pada 24 November 2007.Mereka telah berlatih dengan sangat bersungguh-sungguh dan hasilnya teramat memuaskan. Syabas!

Bergurau senda mengeratkan persaudaraan

Para penyokong yang setia

Syazwan diapit gadis-gadis menawan

Awok-awok yang tidak sabar menanti giliran

Pemain muzik/percussion yang ceria