Monday, August 10, 2009

Penulisan Dialog

Dua orang rakan sedang berbincang tentang baik buruknya mempunyai keluarga yang besar (ramai anak). Salah seorang berpendapat bahawa keluarga yang besar lebih baik daripada keluarga yang kecil. Seorang lagi berpendapat sebaliknya. Tulis dialog untuk menekankan perbezaan pendapat mereka berdua.

Contoh isi yang bersetuju bahawa keluarga besar lebih baik:
Saya rasa mempunyai ramai adik-beradik lebih baik daripada mempunyai hanya satu adik ataupun menjadi anak tunggal. Kehidupan dengan adik-beradik yang ramai jauh lebih meriah kerana kita mempunyai teman-teman untuk berkongsi suka dan duka. Misalnya, jika kawan-kawan saya tiada masa untuk keluar bersama saya, saya boleh bermain-main dengan adik-beradik saya yang ramai. Jika saya seorang anak tunggal, pasti saya akan rasa sangat kesepian.

Contoh isi yang tidak bersetuju dengan pendapat di atas:
Saya kurang setuju dengan pendapat kamu. Pada hemat saya, keluarga yang mempunyai terlampau ramai anak kurang baik kerana suasana terlalu riuh rendah. Suasana bising ini akan menjadikannya payah untuk kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara penting. Contohnya, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengulankaji pelajaran untuk peperiksaan kerana adik-beradik yang ramai akan membuat bising.

Format Dialog

Tempat:
Masa:
Pelaku 1:
Pelaku 2:

Pengenalan

Pelaku 1:

Pelaku 2:

(2 isi untuk setuju dan 2 isi untuk tidak setuju. Keempat-empat isi harus disertakan dengan pendapat, huraian dan contoh)

Penutup