Tuesday, February 14, 2012

Project Rendra 2011

Kompilasi sajak ciptaan para pelajar

Alfian dan Syahiran
Sajak kami : Keindahan
Keindahan ibarat cahaya matahari
Sucinya bumi, menaburkan jiwa
Letaknya rohani, di langit cakerawala
Supaya hidup dan mati bersemi di bumi jua

Nurul Insyirah dan Khairunnabilah
Tajuk:Keindahan Cahayamu
Wahai matahari pancarkanlah cahayamu
kerana dengannya,ia membawa keceriaan
buat diriku yang telah ditelani kegelapan
supaya ku dapat merasakan kemanisan hidup.

Sajidah dan Nadzirah 3E6
Sajak Kami : Kebebasan
Bebas seperti sebuah cakerawala
Berhati besar seperti bumi
Ceria seperti sang matahari
Bolehkah aku memiliki semua ini?

Nurina Selamat & Nur Haziqah Hamzah
Tajuk Puisi: Keindahan Dunia
Luaskan pandangan seperti cakerawala
Cerahkan minda seperti sinaran matahari
Bebaskan kehidupanmu di bumi ini
Dan ceriakanlah hatimu dengan keindahan yang diberikan

Nadhirah dan Nadia (3e8)
Tajuk: Ciptaan Yang Luarbiasa
Engkau adalah kuasaku
Engkau adalah cahayaku
Engkau indah menerangi alam
Tanpamu, jiwaku kekosongan

Farhana[3e6]&Fatin[3e5]
Matahari memancarkan sinar ke bumi
Memberi cahaya pada yang hidup
Menandakan permulaan yang baru
Rangkulah setiap peluang yang ada

Awan malam tiada mentari
Bumi ditenggelami kegelapan
Tiada apa yang boleh menyinari
Kecuali sebentuk purnama bulan
Charicia Adelina & Nur Ameliana, 3E7

Hafiq dan Yusuf
Sajak kami : Sang Matahari
Matahari , kau adalah cahaya yang menginari bumi.
Tanpa kamu , bumi ini tiada makna bagi kehidupan manusia.
Tanpa cahayamu , bumi akan kegelapan.
Teruskanlah bersinar untuk membuat cakerawal sempurna

Mohd Muslihin & Melissa .
Tiada kesudahan seperti langit,
Bersinar ibarat mentari,
Seluas cakerawala di atas aku ini,
Adakah impian sepenting aku ini?

Shaiful & Shaiful (3E5) :D
Matamu bagaikan matahari yang bersinar
Sifatmu bagaikan bumi yang sabar berputar
Tanpamu, hidupku tiada ertinya
Bagaikan cakerawala yang tidak lengkap

Tenang bagaikan bumi menghijau
Suci bagaikan awan memutih
Anggun bagaikan matahari
Inilah wanita yang diidami lelaki.
Nur Marsya dan Nurul Afiqah 3E7

Thursday, January 27, 2011

Renungan: Makanan Tradisi

Sila taipkan renungan kamu setelah melakukan projek berkenaan makanan tradisional. Apakah yang telah kamu pelajari?

Monday, July 5, 2010

Projek Mencipta Kertas Layang (Phamplet)

Tarikh Penghantaran: Isnin hadapan (12 Julai)

Jumlah kertas: Satu helai (Satu hingga dua halaman/muka surat)

Pemarkahan:
10 – Bahasa
10 – Gambar yang bermakna
10 – Hasil kerja yang bermutu tinggi (Menunjukkan pemahaman yang tinggi tentang topic, memilih isi dan gambar yang paling sesuai dan kelihatan menarik)

Tuesday, May 25, 2010

Renungkanlah

1. Adakah kamu mempunyai Facebook? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?

2. Siapakah teman-teman kamu yang sering melungsuri Facebook? Berikan tiga nama.

3. Apakah pendapat kamu tentang orang-orang yang sering melungsuri Facebook?

4. Mengapakah kamu berpendapat begitu?

5. Bagaimanakah kita boleh menjaga keselematan diri kita di dalam Facebook?

6. Bilakah masa paling sesuai untuk melungsuri Facebook?

Monday, March 29, 2010

Peribahasa

Kepada para pelajar yang tersayang:

1) Klik lelaman-lelaman ini dan tontoni video-video tersebut

http://www.youtube.com/watch?v=FX2sAWWq1RY

http://www.youtube.com/watch?v=uQCngP8wljk&feature=related

2) Kaitkan cerita yang kamu tontoni dengan peribahasa yang ada di dalam buku teks

3) Fikirkan rangka cerita kamu sendiri dengan teman yang di sebelah kamu

4) Buat rangka cerita itu di dalam sofwe Bubbl.

Monday, February 1, 2010

Budimu Kuhargai


Pengorbananmu tidak ternilai. Kasihmu tidak terbalas. Budimu kujunjung tinggi. Terima kasih tiada terhingga. Moga Allah membalas segala jasa.


BUDIMU KUHARGAI

Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

Sekolah kamu mengadakan peraduan "Warga Tua Misali". Kamu ingin mencalonkan nenek atau datuk kamu untuk peraduan tersebut. Tulis sepucuk surat kepada guru yang bertanggungjawab mengendalikan peraduan itu untuk mengemukakan sebab-sebab mengapa nenek atau datuk kamu layak dicalonkan. Berikan sikap beserta contoh perbuatan sebagai bukti menyokong pencalonan kamu itu.

Alamatkan surat kamu kepada:

Cikgu Murshidah Hassan
Pembelajaran Sosio-emosional
11 Jurong West St. 65
Singapura 640670

Gunakan nama dan alamat kamu sendiri