Monday, July 5, 2010

Projek Mencipta Kertas Layang (Phamplet)

Tarikh Penghantaran: Isnin hadapan (12 Julai)

Jumlah kertas: Satu helai (Satu hingga dua halaman/muka surat)

Pemarkahan:
10 – Bahasa
10 – Gambar yang bermakna
10 – Hasil kerja yang bermutu tinggi (Menunjukkan pemahaman yang tinggi tentang topic, memilih isi dan gambar yang paling sesuai dan kelihatan menarik)

Tuesday, May 25, 2010

Renungkanlah

1. Adakah kamu mempunyai Facebook? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?

2. Siapakah teman-teman kamu yang sering melungsuri Facebook? Berikan tiga nama.

3. Apakah pendapat kamu tentang orang-orang yang sering melungsuri Facebook?

4. Mengapakah kamu berpendapat begitu?

5. Bagaimanakah kita boleh menjaga keselematan diri kita di dalam Facebook?

6. Bilakah masa paling sesuai untuk melungsuri Facebook?

Monday, March 29, 2010

Peribahasa

Kepada para pelajar yang tersayang:

1) Klik lelaman-lelaman ini dan tontoni video-video tersebut

http://www.youtube.com/watch?v=FX2sAWWq1RY

http://www.youtube.com/watch?v=uQCngP8wljk&feature=related

2) Kaitkan cerita yang kamu tontoni dengan peribahasa yang ada di dalam buku teks

3) Fikirkan rangka cerita kamu sendiri dengan teman yang di sebelah kamu

4) Buat rangka cerita itu di dalam sofwe Bubbl.

Monday, February 1, 2010

Budimu Kuhargai


Pengorbananmu tidak ternilai. Kasihmu tidak terbalas. Budimu kujunjung tinggi. Terima kasih tiada terhingga. Moga Allah membalas segala jasa.


BUDIMU KUHARGAI

Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

Sekolah kamu mengadakan peraduan "Warga Tua Misali". Kamu ingin mencalonkan nenek atau datuk kamu untuk peraduan tersebut. Tulis sepucuk surat kepada guru yang bertanggungjawab mengendalikan peraduan itu untuk mengemukakan sebab-sebab mengapa nenek atau datuk kamu layak dicalonkan. Berikan sikap beserta contoh perbuatan sebagai bukti menyokong pencalonan kamu itu.

Alamatkan surat kamu kepada:

Cikgu Murshidah Hassan
Pembelajaran Sosio-emosional
11 Jurong West St. 65
Singapura 640670

Gunakan nama dan alamat kamu sendiri