Friday, August 17, 2007

Karangan Men 1E

Tajuk: Seandainya aku diberikan satu permintaan...

Tulis satu karangan sepanjang satu muka surat (atau lebih) berkenaan tajuk ini. Kamu harus fikirkan tentang satu perkara yang kamu mahu kemudian jelaskan mengapa kamu ingin perkara atau benda itu. Kamu diizinkan untuk tinggalkan ruang selepas setiap baris.
Contohnya:
Seandainya aku diberikan satu permintaan, aku ingin menjadi seorang jutawan.
  • Mengapa kamu ingin menjadi jutawan?
  • Apakah yang akan kamu lakukan dengan wang itu?
  • Siapakah yang akan berkongsi kebahagiaan dengan kamu?
  • Adakah kamu puas hati dengan keadaan hidup kamu sekarang?
  • Apakah yang tidak ada dalam hidup kamu yang ingin kamu miliki?
  • Apakah kesan positif jika kamu mendapat permintaan kamu?
  • Apakah kesan negatif jika kamu mendapat permintaan kamu?

Wednesday, August 8, 2007

Projek di Spore Discovery Centre

Kegembiraan terpancar di wajah mereka
seperti dalam studio lah!
fesyen retro cukup memikat
pelajar-pelajarku yang comel
Rafie dan Syuhada aka kentang goreng
Bersatu teguh, bercerai roboh
calon-calon Manhunt 2007

Tuesday, July 31, 2007

Teknik Storyboard

Teknik storyboard ini boleh membantu dalam penulisan cerita. Lungsuri lelaman-lelaman berikut untuk maklumat lanjut. Suatu kaedah yang menarik yang turut digunakan dalam penciptaan filem!

Sunday, May 20, 2007

Tahniah Tarian Melayu!


Anggun dan menawan sehingga merebut pingat SYF! Syabas!

Sunday, April 29, 2007

Hari Sukan 2007

Bergambar sebelum berlumba

Ulangkaji Bahasa Melayu ya?

Gadis ceria!

Sunday, April 1, 2007

Selamat Datang

Cikgu harap blog ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kamu digalakkan untuk memuat naikkan gambar, renungan, maklum balas, artikel menarik, komik dan sebagainya ke dalam blog ini. Semua bahan akan diterima asalkan ia membawa manfaat kepada semua. Seandainya kamu ingin meletakkan bahan bahasa Inggeris, sila alihkan bahasanya kepada bahasa Melayu. Sila pastikan bahawa adab dan tatasusila dijaga. Gunakan bahasa yang sopan dan bahasa Melayu yang gramatis. Semoga blog ini digunakan untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu serta mengasah pemikiran yang kritis dan kreatif :)
Salam sayang, Cikgu Murshidah