Thursday, January 27, 2011

Renungan: Makanan Tradisi

Sila taipkan renungan kamu setelah melakukan projek berkenaan makanan tradisional. Apakah yang telah kamu pelajari?

4 comments:

Md. Rabbani said...

Inilah projek pertama kali yang saya buat di Sekolah Menegah Boon Lay.

Saya telah dapat mempelajari banyak informasi tentang kuih-kuih tradisional melayu.

Kumpulan kami telah membuat projek tentang kuih puteri salat.Kami telah mengubahi puteri salat menjadi puteri strawberi.

Saya rasa projek ini akan menjadi lebih menarik kalau kami telah dapat mendapat lebih banyak informasi dan ia akan menjadi lebih menarik kalau kami dapat berbincang sebelum membuat persembahan tersebut.

Dari projek ini saya pelajari bahawa saya harus berbual dengan suara yang lebih kuat dan saya juga harus membantu teman-teman saya.

Arief. N. Wibisono said...

Projek ini merupakan projek melayu interaktif yang pernah saya buat dalam kelas bahasa melayu di Sekolah Menengah Boon Lay ini.

Saya rasa bahawa projek ini bagus dan memang harus dilanjutkan kerana seperti yang kita tahu, di dunia yang sering berubah ini. Bukan hanya kepintaran dan markah akademik yang diperlukan tetapi juga keyakinan dalam berbicara bukan hanya dalam bahasa Inggeris tetapi juga dalam bahasa yang lain seperti Melayu.

Melalui, projek ini saya juga telah belajar bahawa seorang penyampai yang baik harus bisa berbicara dengan yakin dan dalam bahasa yang baku. Juga saya ketahui, bahawa projek sepreti ini harus dikerjakan bersama secara berkumpulan agar tugas menjadi lebih mudah dan lebih ringan bagi kita semua.

Secara peribadi, saya rasa bahawa saya harus berbicara secara perlahan-lahan dan untuk meminimasi pengunaan bahasa Indonesia dalam kelas bahasa Melayu. Saya juga rasa bahawa, saya harus membagi tugas secara lebih rata dalam kumpulan agar semuanya bisa menyampaikan presentasi dengan lebih baik lagi.

Anonymous said...

Saya telah mempelajari resipi putri salat, dan juga tentang gula yang asli dan ada yang bukan. Yang asli adalah dari nektar, dan yang bukan di buat dari faktori yang sudah tercemar dengan racun-racun yang tidak sihat untuk kita. Juga, saya kini tahu bahawa santan itu mengandungi banyak kalori. Saya juga telah mempelajari kekuatan para para rakan yang daripada kumpulan saya. Ada yang bagus menyembahkan persembahan itu dan lain lain lagi. Saya juga kini tahu kekuatan dan kelemahan saya sendiri.

Jikalau di beri masa yang lebih lama, kami sekumpulan mungkin dapat berikan lebih banyak informasi tentang bahan-bahan yang kami menggunakan, seperti kolestrolnya, dan juga vitamin yang ia mengandungi dan manfaat yang ia berikan kepada kami.

Saya telah mempelajari banyak daripada membuat persembahan ini, Terima Kasih Cikgu kerana memberi saya peluang ini untuk mempelajari ini semua! :-)
Marsya.

Anonymous said...

Dengan melaksanakan projek ini, saya dapat mengetahui tentang kuih-kuih tradisional melayu kita dan mengapa ia penting untuk kita mengekalinya supaya ia tidak akan pupus. Kami juga berpeluang untuk memodifikasi sejenis kuih tradisional supaya ia menjadi sekeping kuih yang lebih berkhasiat. Saya juga dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sedarjah saya dan kami bersama-sama berusaha menghabiskan sebuah persembahan tentang kuih tradisional melayu dalam jangka masa yang diberi. Saya juga dapat melihat berlaian cara yang diperoleh oleh ahli kumpulan saya membuat persembahan. Dari situ, saya juga dapat mengatahui kelemahan saya dan akan berusaha memperbaikinya di lain waktu :D

-Ameliana