Monday, February 1, 2010

BUDIMU KUHARGAI

Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

Sekolah kamu mengadakan peraduan "Warga Tua Misali". Kamu ingin mencalonkan nenek atau datuk kamu untuk peraduan tersebut. Tulis sepucuk surat kepada guru yang bertanggungjawab mengendalikan peraduan itu untuk mengemukakan sebab-sebab mengapa nenek atau datuk kamu layak dicalonkan. Berikan sikap beserta contoh perbuatan sebagai bukti menyokong pencalonan kamu itu.

Alamatkan surat kamu kepada:

Cikgu Murshidah Hassan
Pembelajaran Sosio-emosional
11 Jurong West St. 65
Singapura 640670

Gunakan nama dan alamat kamu sendiri

24 comments:

Murid yang iingin mengetahui said...

1)Misali apa itu cikgu?

Anonymous said...

ini adalah satu peluang keemasan untuk saya mencalonkan datuk saya kerana dia telah memberikan sepenuh pehatian dan kasih sayangnya sama rata kepada kesemua cucunya.

Murid 3e5 ** said...

1)Nenek sikap penyayang kerana selalu beli saya cokelat jikalau saya sedih
2)Datuk selalu mengayuh basikal dengan saya jikalau saya bosan duduk di rumah

Anonymous said...

isi:
1)sikap nenek yang penyayang kerana nenek telah banyak berkorban untuk saya sejak saya kecil lagi.
2)sikap nenek yang penyabar kerana nenek masih menjaga saya dengan baik dan juga banyak bersabar dengan sikap saya yang agak nakal sewaktu kecil.

~Farhana Razak~ said...

isi:
1)sikap nenek yang penyayang kerana nenek telah banyak berkorban untuk saya sejak saya kecil lagi.
2)sikap nenek yang penyabar kerana nenek masih menjaga saya dengan baik dan juga banyak bersabar dengan sikap saya yang agak nakal sewaktu kecil.

Atirah said...

1.ini adalah satu peluang keemasan untuk saya mencalonkan datuk saya kerana dia telah memberikan sepenuh pehatian dan kasih sayangnya sama rata kepada kesemua cucunya
2.dia juga adalah seorang yang berpegang kepada janji

Nurul Raihana^^ said...

Saya rasa memang tidak sepatutnya kita lupa akan pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk kita. Jasa mereka dan pengorbanan mereka untuk kita adalah sesuatu yang harus kita junjungi. pengorbanan itu bukan senang.

Hilda! XD said...

Cikgu! apa itu misali??

Nurafikahh said...

Isi:
1) Nenek akan memasak makanan kegemaran saya jikalau saya menziarahinya
2) Datuk pergi mengayuh basikal dengan saya pada setiap hujung minggu

Nadia, Khalisah dan Sarmira said...

1. Nenek saya sering membelanja saya dan adik-beradik gula-gula dan cokelat.
2. Nenek saya sering membuatkan air Milo suam apabila saya sedang sibuk membuat kerja sekolah.
3. Datuk saya gemar bersenam setiap pagi untuk ke Gek Poh.
4. Datuk saya sering menolong Ibu menjaga rumah apabila kita ke sekolah dan kerja.
5. Nenek saya tidak suka membelanja sembarangan.

Syiqin said...

1) jika tiada atuk dan nenek, tidaklah ada kita.
2) buat masa kini, saya cuma mempunyai nenek kepada dua-dua pihak.
3) saya rasa, nenek saya layak dicalonkan kerana dia telah memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada saya.

Aqilah said...

Isi:
1. Nenek selalu bersikap penyanyang terhadap cucu-cucunya dan saya selalu tersenyum jika melihat gambar-gambar lama bersamanya di dalam foto album.

2. Nenek seorang yang tidak lokek kepada sesiapa pun. Bila kami mengunjung ke rumah nya, dia selalu memberi saya gula-gula kegemaran saya dan tidak pernah sesekali pun dia tidak belanja saya makan :).

3. Nenek dan Datuk ialah warga tua yang sangat penyayang. Mereka tidak pernah melepaskan peluang untuk mendukung dan bermain dengan cucu-cucunya sejak kecil lagi.

4. Nenek dan Datuk ialah warga tua yang suka bergurau senda dan bercerita. Mereka suka bercerita tentang waktu mereka masih muda lagi. Dan paling saya gemari ialah tentang Perang Dunia Kedua. :D

Saya sangat menyayangi mereka berdua :D

Salam sayang,
Nurul Aqilah.

Syiqin said...

4) nenek selalu meluangkan masa untuk saya apabila saya masih kecil.
5) melayan dan sering membuat apa sahaja supaya saya gembira.
6) kadangkala, saya tertawa akan perbuatan nenek kerana dia selalu melatar.

Muhammad Sadiq=D said...

1)sikap penyayang kerana mereka telah menjaga ibubapa kita dan juga menjaga kita.
2)sikap baik hati kerana mereka selalu mengongsi pengalaman untuk mengajar kami sikap-sikap yang baik.

Syaqila said...

Isinya:

1. Semenjak aku dilahirkan, aku tinggal bersama nenek dan datukku. Hubunganku bersama mereka sungguh rapat dan aku sentiasa gembira bersama mereka. Kedua-dua nenek dan datuk selau tersenyum dan bergurau-senda bersamaku. Kehadiran mereka di hidupku amat berharga dan aku bersyukur mempunyai orang-orang yang sangat menyayangku.

2. Datuk adalah seorang yang lucu dan penyayang malah nenek seorang yang prihatin dan ceria. Kedua-duanya selalu membuatku tertawa dengan gurauan-gurauan mereka. Disebabkan ibu dan ayahku berkerja, aku selalu menghabiskan waktuku di rumah datuk. Aku dan abangku sahajalah adalah cucu-cucu datuk dan nenek, jadi kami selalu dimanja-manjakan!

Aku bersyukur kerana datuk dan nenekku masih lagi sihat dan berada disampingku dan aku sangat menyayangi kedua-duanya.

Yang Benar,
Syaqila <3

julia said...

-nenek saya menjaga saya semasa ibu tgah mengandung hingga bersalin.
-saya amat rapat dgn nya kerana dia lah tmpat saya mengadu
-nenek menjaga saya dan adik-adik saya dgn hati2
- dia mengurut ibu dan membengkungnya
-nenek selalu sediakan ibu jamu selepas brsalin
-nenek selalu mengambil berat tentang semua ahli keluarganya
-dia tidak akan tenang jika situasi keluarga amat rumit
-tnpanya, ibu tidak akan hadir di dalam dunia ini dan tanpa ibu,saya tidak ada di sini sekarang

Anonymous said...

Nama: Fadil Low Chun Wei
Kelas: 3e6

Budimu kuhargai

Sumbang saran:

• Nenek saya seorang yang misali kerana dia tidak berputus asa untuk menjaga dua belas anak iaitu termasuk ibu saya.
• Dia menjaga pak cik dan mak cik saya walaupun kekurangan duit.
• Dia juga pernah jaga saya semasa kecil apabila ibu dan bapa saya baharu berumahtangga.

Anonymous said...

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Hilda! XD said...

1) Datok saya selalu gemar mencubit pipiku kerenah montel(masa dulu!)
2)nenek sering meyediakan air untuk mandi; kerenah tiada air panas yang siap sedia dan di kampong adanya air taip
3)datok ajar saya bagaimana hendak "lastik" ayam atau durian di tamanya
4)datok dan nenek tidak ke pusat membeli belah; mereka ada taman sendiri!
atas semua yang disebutkan, saya ingin calonkan datok dan nenek saya kerana kasih sayangnya dan pengkorbanan yang mereka melakukan untok menjaga saya waktu saya kecil.. :)

Anonymous said...

Nenek telah membesarkan kami dari dahulu sampai sekarang dan tidak pernah berputus asa untuk menjaga cucu-cucunya walaupun datuk sudah tiada. Bagi kami, jasa mereka adalah emas dan harus disimpan di hati dan memori kami selama-lamanya. Nenek telah susah-payah memasakkan dan menjaga kami hanya kerana mereka hendak kami sentiasa sihat wal'afiat selalu. Bagi kami, merekalah yang satu-satunya kami cinta dengan penuh kasih sayang yang ikhlas dari hati..

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu,

Saya memang rasa bahawa kita harus menghargai segala jasa dan budi mereka walau dari aspek apapun. Ini kerana mereka adalah insan yang telah membesarkan kedua-dua ibu bapa kita sehinggakan mereka itu menjadi seseorang yang soleh soleha..

Selain dari itu,saya rasa,pengobanan yang telah mereka lakukan itu tidaklah terbalas sekadar dengan ucapan terima kasih sahaja. Tidak lupa juga, mereka merupakan seseorang yang penuh dengan pangalaman-pengalaman yang amat berharga dan boleh dijadikan sebagai teladan buat kita. Seperti contoh, datuk dan nenek kita berjaya membesarkan anak-anak mereka itu. bukan satu ataupun dua tetapi seramai 10 anak kesemuanya. akhir kata, mereka adalah seseorang yang boleh dijadikan sebagai contoh buat masa hadapan nanti... wah panjang betul^^

Faeez Cute said...

Nenekku ada sebuah hati yg sungguh baik dan pernuh dengan kasih sayang. Dia selalu memberiku duit kepada aku. Walaupun aku cuba menolak pemberiaannya, dia tetap mahu aku mengambil duitnya. Nenekku selalu menjagaku bila aku masih kecil lagi. Dia juga selalu memasakkan makanan yg enak-enak untkku. Aku sayang nenekku. =)

Anonymous said...

Misali maknanya contoh teladan.

Cikgu gembira melihat komen-komen yang para pelajar berikan. Bernas sekali! Syabas!

- Cikgu Shidah

Cikgu Shidah said...

Misali maknanya contoh teladan.

Cikgu gembira melihat komen-komen yang para pelajar berikan. Bernas sekali! Syabas!

- Cikgu Shidah