Monday, August 10, 2009

Penulisan Dialog

Dua orang rakan sedang berbincang tentang baik buruknya mempunyai keluarga yang besar (ramai anak). Salah seorang berpendapat bahawa keluarga yang besar lebih baik daripada keluarga yang kecil. Seorang lagi berpendapat sebaliknya. Tulis dialog untuk menekankan perbezaan pendapat mereka berdua.

Contoh isi yang bersetuju bahawa keluarga besar lebih baik:
Saya rasa mempunyai ramai adik-beradik lebih baik daripada mempunyai hanya satu adik ataupun menjadi anak tunggal. Kehidupan dengan adik-beradik yang ramai jauh lebih meriah kerana kita mempunyai teman-teman untuk berkongsi suka dan duka. Misalnya, jika kawan-kawan saya tiada masa untuk keluar bersama saya, saya boleh bermain-main dengan adik-beradik saya yang ramai. Jika saya seorang anak tunggal, pasti saya akan rasa sangat kesepian.

Contoh isi yang tidak bersetuju dengan pendapat di atas:
Saya kurang setuju dengan pendapat kamu. Pada hemat saya, keluarga yang mempunyai terlampau ramai anak kurang baik kerana suasana terlalu riuh rendah. Suasana bising ini akan menjadikannya payah untuk kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara penting. Contohnya, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengulankaji pelajaran untuk peperiksaan kerana adik-beradik yang ramai akan membuat bising.

Format Dialog

Tempat:
Masa:
Pelaku 1:
Pelaku 2:

Pengenalan

Pelaku 1:

Pelaku 2:

(2 isi untuk setuju dan 2 isi untuk tidak setuju. Keempat-empat isi harus disertakan dengan pendapat, huraian dan contoh)

Penutup

Thursday, February 26, 2009

Format Surat Kiriman Rasmi

Format Surat Kiriman Rasmi

Nama dan Alamat Pengirim

Nama dan Alamat Penerima

Tarikh

Tuan/Puan

Perkara

Perenggan 1: Tujuan

Perenggan 2, 3, 4: Isi yang terdiri daripada pendapat, contoh dan huraian

Perenggan 5: Penutup

Sekian, terima kasih

Yang benar

Nama dan Jawatan kalau ada
Tanda tangan

Surat Kiriman Rasmi

Keadaan jalan raya berdekatan dengan estet perumahan kamu sentiasa sibuk. Baru-baru ini terdapat kemalangan yang telah berlaku.

Tulis sepucuk surat kepada pegawai yang bertugas di Penguasa Pengangkutan Darat LTA. Dalam surat kamu, nyatakan keadaan jalan raya tersebut dan bahaya yang menimpa pejalan kaki. Berikan beberapa saranan untuk mengatasi masalah ini.

Alamatkan surat kamu kepada:

Pegawai Perhubungan Awam
Penguasa Pengankutan Darat
10 Sin Ming Drive
Singapura 575701

Surat Rasmi

Sekolah kamu akan menjalani kerja-kerja peningkatan tidak lama lagi. Selaku ketua pengawas, kamu telah diminta oleh rakan-rakan sekolah kamu untuk menyarankan beberapa kemudahan yang harus disediakan oleh pihak sekolah untuk kebaikan para pelajar. Tulis sepucuk surat kepada pengetua kamu dan nyatakan jenis-jenis kemudahan yang dikehendaki oleh para pelajar. Dalam surat kamu itu terangkan manfaat kemudahan-kemudahan tersebut kepada para pelajar.

Thursday, July 3, 2008

Sumbanganku

1. Kumpulan Ahmad: Encik Zubir Said
2. Kumpulan Hazimah: Encik Lee Kuan Yew
3. Kumpulan Izzat: Leftenan Adnan
4. Kumpulan Aishah: Mother Theresa
5. Kumpulan Fadil: Encik Eunos Abdullah
6. Kumpulan Hazwan: S. Rajaratnam

Di buku pelajar kamu, tulis:

1. Bila kamu akan berjumpa lagi? Tempat dan masa?
2. Siapa akan membuat apa?
3. Tarikh penutup yang lebih awal

Tugasan 1E: Mencipta Persembahan Titik Kuasa

Unit 10 - Sumbanganku, Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Tugas: Cipta sebuah persembahan titik kuasa berdasarkan topik - Sumbanganku

Slaid 1 : Sumbanganku ( Topik Khusus) Contoh: Presiden Pertama Singapura
Slaid 2: Pengenalan (Mengapa kamu memilih orang tersebut?)
Slaid 3: Apa yang telah disumbangkan? Mengapa?
Slaid 4: Apakah yang boleh kamu lakukan untuk mengikuti jejak langkah orang tersebut?
Slaid 5: Tukilan istimewa (quotes) jika ada
Slaid 6: Alamat lelaman yang kamu gunakan
Slaid 7: Nama kumpulan dan ahli kumpulan

Penting: Harus ada gambar-gambar sesuai dan informasi

Contoh tokoh yang boleh kamu kaji:
1. Nabi Muhammad SAW
2. Mahatma Gandhi
3. Mother Theresa
4. Zubir Said
5. S. Rajaratnam
6. Leftenan Adnan
7. Lee Kuan Yew

Rubrik Pemarkahan:
Bahasa - 10
Isi - 10
Kreativiti - 10
Estetik - 10
Kerjasama - 10


Tarikh Penutup: Hari Rabu, 9 July 2008