Thursday, February 26, 2009

Surat Kiriman Rasmi

Keadaan jalan raya berdekatan dengan estet perumahan kamu sentiasa sibuk. Baru-baru ini terdapat kemalangan yang telah berlaku.

Tulis sepucuk surat kepada pegawai yang bertugas di Penguasa Pengangkutan Darat LTA. Dalam surat kamu, nyatakan keadaan jalan raya tersebut dan bahaya yang menimpa pejalan kaki. Berikan beberapa saranan untuk mengatasi masalah ini.

Alamatkan surat kamu kepada:

Pegawai Perhubungan Awam
Penguasa Pengankutan Darat
10 Sin Ming Drive
Singapura 575701

6 comments:

Anonymous said...

Huda, Sakinah, Masturina & Rafie.

Kenapa ada kesesakan jalan raya ?

 Pemeriksaan polis di jalan raya untuk memastikan pemandu tidak mabuk selepas meminum arak.
 Ramai pekerja mahu ke kerja atau pulang dari kerja.
 Ada kemalangan jalan raya.
 Hujan lebat dan harus memandu dengan perlahan.
 terlampau banyak kenderaan.

Keadaan jalan raya.

 Sangat licin
 Sesak.
 Berasap.

Apa akan menjadi ?

 Cuai lantas ada kemalangan yang berlaku.
 Tidak dapat sampai ke destinasi tepat pada masa.
 Menghidu asap yang berbahaya kepada kesihatan. kita.

Saranan untuk mengatasi masalah jalan raya

 Menaikkan harga ERP.
 Luaskan jalan raya.
 Menyuruh polis bertugas menenangkan keadaan jalan raya.
 Menggalakkan ramai orang supaya menggunakan pengangkutan awam.

Anonymous said...

Keadaan Jalan Raya:
- sesak
- bising dengan bunyi hon kereta
- keadaan sekeliling dipenuhi dengan asap kereta
- mengambil masa pemandu
- kemalangan jalan raya berlaku

Bahaya Yang Menimpa Pejalan Kaki:
- menghidu asap kereta
- dilanggar kereta

Saranan:
- meluaskan jalan raya
- menggalakkan orang untuk menaiki kenderaan awam daripada menaiki kereta kepunyaan masing-masing
- memandu dengan berhati-hati

Anonymous said...

Keadaan: Sesak dengan kenderaan.
Seringkali berlaku pada waktu pagi dan sebelah petang.
Bunyi hon yang bising.
Penunggang motor yang menyelit di antara kereta-kereta.
Asap tebal dari enjin kenderaan.
Bau busuk yang menusuk hidung.
Sistem lampu trafik yang sungguh lambat.


Bahaya: Dilanggar oleh kenderaan.
Akan maut ataupun cedera.
Orang akan mendapat semput.


Saranan: - Trafik polis untuk mengawal keadaan trafik pada siang hari/lewat petang.
- Menggunakan CNG
- Menaikkan harga minyak.
- Perbaharui sistem lampu trafik/
- Menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
- Memasang kamera untuk mengawasi keadaan di jalanraya
- Memperluaskan jalanraya
-


Blk 896 #03-589
Ang Kor Street 56
Singapura 986896

Pegawai Perhubungan Awam
Penguasa Pengankutan Darat
10 Sin Ming Drive
Singapura 575701

27hb Februari 2009

Tuan/Puan

Kesesakan jalan raya di Ang Kor Street 56

Tujuan saya menulis kepada tuan ataupun puan adalah untuk memaklumkan keadaan jalan raya yang amat sesak di Ang Kor Street 56. Keadaan sebegini telah berlarutan selama beberapa bulan dan beberapa penduduk merasakan bahawa aktiviti seharian mereka terjejas dengan keadaan ini.

Seringkali berlaku kesesakan jalan raya pada awal pagi serta sebelah petang di mana ramai orang berpusu-pusu pergi serta pulang dari tempat tugas masing-masing. Jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang lazimnya mengeluarkan asap-asap tebal.


Mawaddah, Haziqah, Nasuha, Hayati

Anonymous said...

1)Bahaya yang menimpa pejalan kaki:

- Kerana jalan raya yang berdekatan estet rumah sungguh sesak, pemandu kenderaan tidak mematuhi warna lampu trafik sehingga melanggar pejalan kaki. Akibatnya, dia akan jadi terluka atau jika ia terlalu serius, dia boleh mati

- boleh memburukkan kesihatan kerana menghidu asap kenderaan

- ada pejalan kaki akan menyeberang jalan raya kerana mereka tidak boleh sabar. Walaupun kebanyakan kenderaan tidak akan bergerak langsung, ada kalanya kenderaan lain akan bergerak dan boleh meluka pejalan kaki tanpa disedari. Jika ia terlalu serius, pejalan kaki itu boleh mati

2)Saranan :

- bina jambatan pejalan kaki di atas jalan raya tersebut. Dengan begitu, pejalan kaki tidak perlu menyeberang di tengah jalan raya yang sesak dan kemalangan boleh dihindari.

- Bina ERP di jalan raya yang utama supaya jumlah kenderaan yang menuju ke Jurong West Street 90 boleh berkurangan. Jadi, jalan raya itu tidak akan selalu sesak dan kemalangan pejalan kaki boleh dihindari

Naikkan harga ERP jika ada ERP

3)Keadaan jalan raya:
- sesak
- kenderaan di jalan raya tersebut tidak boleh bergerak langsung kerana terlalu lama warna lampu trafik menukar
- bising kerana dipenuhi hon kereta
- berasap kerana ada terlalu banyak asap yang dikeluarkan oleh enjin kenderaan
- kerana keadaan jalan raya itu terlalu sesak, ada beberapa motosikal yang cuba selitkan di tengah-tengah kenderaan

Dahliah, Natassja, Wahyuni, Sakinah Hanim

Anonymous said...

Saranan
1)Memasang lebih lampu supaya pemadu boleh melihat dengan jelas .
2) Menaruh papan tanda menunjukkan arah tujuan yang besar dan boleh dilihati dar jauh supaya pemandu tidak keliru dengan arahan jalan raya
3)Membuat ruang untuk orang yang hendak memandu dengan laju atau pelahan supaya tidak bertempur
4) Besar kan jalan raya supaya pemandu ada ruang yang cukup untuk memandu.
5)Naik kan harga minyak dan tidak ada banyak kerata.Kemalangan akan turun jika ini berlaku

Keadaan :

1. Asap yang hitam memenuhi tempat tersebut
2. Hujan sangat lebat dan jalan raya licin yang menyebabkan kemalangan
3. khalayak ramai berkumpul di babak yang berlaku
4.Ambulan bergegas untuk menghantar pemandu yang cedera ke hospital.
5.pemandu bas dan kereta bertempur.

Bahaya :

1. Pejalan kaki akan dilanggar oleh pemandu-pemandu atau pun cedera.
2. Mengalami sesak nafas kerana telah menghisap asap yang tercemar.
3.Boleh melibatkan orang yang terlibat di kemalangan itu mati.

Anonymous said...

Osman bin laden
11 Sin Ming Drive
Singapura 575702

Pegawai Perhubungan Awam
Penguasa Pengangkutan Darat
10 Sin Ming Drive
Singapura 575701

27 Februari 2009

Tuan/Puan

Cara-Cara Untuk Mengawal Keadaan Jalan Raya Di Sin Ming Drive

Saya mahu memberi saranan dan cara-cara bagaimana untuk mengawal dan memperbaiki keadaan jalan raya di estet perumahan saya di Sin Ming Drive. Keadaan jalan raya di sana sentiasa sibuk dan baru-baru ini terdapat kemalangan yang berlaku. Jika perkara ini dibiarkan, ia akan menyebabkan lebih kemalangan dan kesesakan.

Saranan pertama saya adalah untuk memasang kamera supaya pihak berkuasa dapat memerhatikan keadaan jalan raya. Mereka juga boleh memberi saman kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.

Saranan kedua adalah memasang papan tanda yang menunjukkan kamera dipasang di daerah itu dan juga harga saman yang harus dibayar jika mereka tidak mematuhi peraturan. Ini sebagai amaran kepada mereka.

Saranan ketiga adalah untuk meningkatkan harga saman untuk pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melebihi had kelajuan.Ini akan menyedarkan mereka untuk lebih berhati-hati dan memberi lebih perhatian kepada kelajuan kenderaan mereka.

Saya harap pihak tuan/puan akan melaksanakan saranan-saranan yang telah diberikan oleh saya supaya keadaan jalan raya lebih selamat dan teratur. Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan di atas perkara ini.

Sekian,

Osman bin laden