Sunday, April 1, 2007

Selamat Datang

Cikgu harap blog ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kamu digalakkan untuk memuat naikkan gambar, renungan, maklum balas, artikel menarik, komik dan sebagainya ke dalam blog ini. Semua bahan akan diterima asalkan ia membawa manfaat kepada semua. Seandainya kamu ingin meletakkan bahan bahasa Inggeris, sila alihkan bahasanya kepada bahasa Melayu. Sila pastikan bahawa adab dan tatasusila dijaga. Gunakan bahasa yang sopan dan bahasa Melayu yang gramatis. Semoga blog ini digunakan untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu serta mengasah pemikiran yang kritis dan kreatif :)
Salam sayang, Cikgu Murshidah

2 comments:

Cikgu Shidah said...

Komen dari Iwan 1/3 (2007)

Assalamualaikum cikgu,iwan sudah melihat blog cikgu.....
ia sangat baik sekali kerana ia menunjukkan masa saya membuat aktiviti luar dan dalam sekolah....

Itu mendapatkan saya melihat diri saya bila saya sedang membuat aktiviti di luar...
terima kasih cikgu atas semua benda yang dilakukan oleh cikgu

cikgu boleh memperbaiki nya lagi seperti menaruk lagi banyak aktiviti sudah dilakui seperti hari lahir tahun boon lay....

sudah sampai itu sahaja yang iwan boleh memberi comment....

oleh itu sampai salam dari wawan kepada cikgu

ASSALAMUALAIKUM......

Cikgu Shidah said...

Waalaikumsalam Iwan

Cikgu sangat gembira membaca komen Iwan. Iwan telah banyak meluangkan masa dan tenaga demi mengharumkan nama sekolah dalam kegiatan dikir. Cikgu doakan agar Iwan juga turut berjaya dalam pelajaran ya.